Thursday, April 7, 2011

CIKGU MAT PEDU DAN PEPERIKSAAN ANAK

Setiap kali keputusan peperiksaan besar anak-anak CMP seperti SRP , SPM & STPM diumumkan, beliaulah orang yang paling sibuk ingin mengetahui keputusan tersebut. Berlainan pula bagi anak-anak seperti Fauzi, Nasir, & Khir kerana mereka lebih suka berlengah-lengah. Sikap begini kerana anak-anak CMP kekadang tidak begitu yakin. Apabila keputusan di umumkan, bagi anak-anak yang berjaya seperti Khir dan Amir mereka tiada masalah untuk menunjukkan keputusan peperiksaan. Khir, contohnya memang anak cemerlang di setiap peringkat pengajian sek rendah, menengah dan universiti, jadi tiada masalah apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Begitu juga Amerul. Tetapi bagi Fauzi dan Nasir keputusan peperiksaan besar adalah menakutkan...

Apabila keputusan diketahui CMP tidak pula memarahi anak-anaknya jika kurang berjaya. Dia akan terus menyuruh anak-anaknya untuk terus belajar jika ada peluang. Oleh itu Nasir boleh terus belajar di tingkatan 6 manakala keputusan SPM Fauzi tidak melayakkannya untuk ke tingkatan 6 (walaupun selepas itu mengikuti kelas malam tingkatan 6). Bagi Khir & Amer mereka tiada masalah untuk melanjutkan pelajaran kerana keputusan mereka sangat cemerlang. Seorang lagi yang kurang bernasib baik setiap kali keputusan diumumkan ialah Faisol kerana keputusan cemerlang tidak memihak kepadanya. Walau bagaimanapun semangat gigih untuk berusaha dalam mencari ilmu adalah milik Faisol berbanding adik beradik yang lain.

Apa yang lebih penting ialah CMP tidak emosi jika anak-anak kurang berjaya, sebaliknya menggunakan pendekatan psikologi iaitu memberi motivasi, menyuruh membuat refleksi dan berdoa..

Catatan:

1. Beberapa minggu yang lalu salah seorang cucu CMP mendapat keputusan SPMnya, tetapi agak mendukacitakan keluarganya kerana tiada banyak A yang diperolehi.


2. Walaupun tidak cemerlang dalam peperiksaan SPM, dialah satu-satu cucu yang dapat menjaga neneknya yang sakit di hospital sepenuh masa. Bolehkah sikap ini boleh diukur sebagai seorang yang cemerlang????.