Sunday, July 19, 2009

KEKANDAKU

Kekandaku
tidur lenalah dalam sejahteramu yang panjang
tenang dan damai dalam dingin liang lahat
berbekalkan iman dan taqwa yang engkau miliki
selama ini.

Kekandaku
apa yang engkau tinggalkan buat kami
kalau bukan ingatan yang tidak terlekang diminda
tentang akrab kekeluargaan ini tidak terputus dicincang
tentang perkongsian segala walau sedikit diagih sesama rata
tentang sakit cubitan paha kirimu menjalar ke paha kanan kami
tentang semua yang perlu dirasai bersama
dalam suka dalam duka kehidupan kita sekeluarga.

Kekandaku
Tatkala nanti engkau dibangunkan
dari tidur lenamu yang panjang
yakinlah
kami pasti bersamamu
mengadap Rabbi yang SATU.

21.07.2009
Taman Indera

Catatan:
1. Ingatan penulis kerana pemergian kekanda Hj. Ismail Ahmad (anak saudara Cikgu Mat Pedu) yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Khamis 19.07.2009
2. Doa kami sekeluarga agar rohnya dicucuri rahmat Allah.
Al-Fatihah.

1 comment:

  1. Semuga juga roh penulis blog ini, arwah kekanda saya Ahmad Nasir yang telah kembali ke rahmatulllah pada Rabu 20.07.2011 dicucuri rahmat Allah...

    ReplyDelete