Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Allah hu akhbar... Allah hu akhbar ..... Allah hu akhbar....... walillah hilham...
Selamat Hari Raya ....
Apabila raya menjelang, penulis teringat tentang dua perkara yang mesti dilakukan oleh Cikgu Mat Pedu sebelum dan semasa menjelang hari raya.
Sebelum raya, Cikgu Mat Pedu akan menyuruh anak-anaknya seperti Fisol, Fauzi dan Nasir membasuh kereta buruknya ( Mazda 1000, Morris Minor dll) di telaga di hujung padang di SK Pedu yang merupakan sumber air kepada murid dan guru sekolah tersebut. Yang memenatkan ialah anak-anak terpaksa menceduk air telaga sedalam 20 kaki untuk setiap timba. Air yang banyak diperlukan.
Kedua, ialah setiap pagi raya, semua keluarga akan mandi sunat hari raya dengan menggunakan sabun "khas" yang disebut sabun cap burung. Sabun burung berwarna hijau ini hanya dibeli untuk digunakan pada hari raya sahaja kerana ia sangat wangi dan ini menimbulkan nostalgia kepada ayahanda. Walau bagaimanapun penulis tidak meneruskan tradisi ini pada tahun ini kerana penulis terlupa untuk membelinya. Untuk suku sakat semua , jangan lupa beli sabun cap burung pada tahun hadapan.
Untuk semua, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

4 comments:

  1. Salam Cikgu,

    Laman blog ni hak milik Cikgu Mat Lazim ka?
    depan umah Pak Mat, betoi tak?

    Kalu betoi...apa habaq semua...?

    Bila nak mai bjalan kot Putrajaya?
    Cuba-cuba tanya kot2 ada org kapong yang anak dia dok kija kot Putrajaya, bleh la maghi jln2 kot ni....

    Wasalam

    anakpedu78@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam anakpedu78@gmail.com
    blog ini bukan menceritakan cikgu Mat Lazim, depan rumah Pak Mat.
    blog ini menceritakan cikgu Mat Pedu, yang tinggal di belakang sek Pedu lama di Kg. Pdg Tarom. Cikgu Mat Pedu ni ialah bapa saudara kepada aruah Cikgu Ismail yg tinggal dekat kilang beras Jab Pedu.
    Sekarang, keluarga Cikgu Mat Pedu tidak tinggal di Pedu lagi.. sudah berhijrah. Yang tinggal hanya kenang-kenangan di Pedu yang sedang cuba ditulis kembali oleh saya.
    Wasalam.
    p.s.
    saya sering juga ke putrajaya, jadi kalau nak sembang-sembang ikut loghat pedu, kira bolehlah kalau ada kelapangan.

    bilahbuluh
    penulis blog.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Cikgu Mat Pedu (CMP), anak menakan Cikgu Ismail Wa Aishah ka...dpan umah nasir sblah umah jap kedai?

    Yang mana satu???!!!...maaf la saya lama-lama 1x balik kg lepas habih blaja dulu...la ni dok di Seksyen 15, bangi...dlm ilkap..dok kuarters c2...saya asai org kho tekai...ayah kenai kot Mancha mak lang Ni kho tekai...tok saya Arwah Tok Mek Dah......CMP ni kenai kot Arwah Cikgu Salleh cikgu besar skolah pedu lama...

    Kalu ada masa mai la jln kot putrajaya...kot2 nak naik bot free...saya dok keja dgn bot di putrajaya ni sblah masjid putra...

    Wassalam.

    mnfadzli@cruisetasikputrajaya.com

    ReplyDelete
  4. t kasih atas jemputan.. kalau ada masa saya akan pergi. 2 hari yg lalu saya baru balik dari putrajaya. maaf tak dak masa...

    ReplyDelete