Friday, July 2, 2010

BOLA SEPAK II


Musim Piala Dunia menjadikan semua warga dunia tertumpu kepada bola sepak. Pasukan negara dan pemain yang disokong menjadi bahan bualan di mana-mana..

Anak-anak Cikgu Mat Pedu (CMP) bagaimana anda semua?

Dari segi sejarah, semuanya berminat main bola. Anak sulong CMP, Fisol menjadi goolie untuk pasukan SRK Inggeris Kuala Nerang dan terus menjadi goolie semasa belajar di SM Jalan Day. Fauzi berada diposisi penyerang semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah sehingga terlibat dengan pasukan belia. Nasir pula hanya mewakili pasukan bola sepak di sekolah rendah sahaja. Khir tidak pernah mewakili sekolah dalam bola sepak kerana dia tidak berminat sebaliknya menghabiskan masa dengan membaca, manakala Amir tidak pasti sama ada dia mewakili sekolah untuk bola sepak sebaliknya dalam bidang olahraga sehingga dapat belajar di Maktab Tentera Diraja, Sg. Besi .

Semasa di Pedu, dua anak CMP menyertai 'kelab' belia yang dikenali sebagai pasukan Pemuda Angkatan Muda Pedu (PAMP) dan pasukan itu menjadi kegerunan pasukan lain di mukim Pedu. Mereka pernah mengalahkan pasukan polis Kg Pinang yg hebat dan bertenaga semasa menyertai Liga 7 sebelah. Antara ahli pasukan PAMP ialah Man Yoma, Mat Hj. Rahman, Shawai Pak Teh Pa, Fauzi CMP, Nasir CMP, Halim, adik Man Yoma dan Rusdi Chu Run.

Secara umumnya anak CMP yang paling hebat dalam bidang bola sepak ialah Fauzi.. Syabas Fauzi!!!!!

Catatan

1. Bagaimana pula dengan cucu-cucu CMP

1 comment:

  1. Salam,
    Walaupun Fauzi (anak kedua) dikatakan paling hebat tapi Nasir (anak ketiga) paling baik pencapaiannya kerana dia dilantik menjadi ketua rumah (Rumah Singa) semasa bersekolah menengah. Ha3x

    ReplyDelete