Monday, October 4, 2010

PEPERIKSAAN


Hari ini 5 Oktober bermulalah perjuangan anak-anak yang menduduki peperiksaan PMR. Penulis percaya walaupun telah membuat persediaan terbaik untuk menduduki peperiksaan tetapi rasa gementar dan gemuruh tetap menyelinap dalam diri setiap calon.

Bagi Cikgu Mat Pedu (CMP), beliau cuba mengatasi masalah gugup dan gementar menghadapi peperiksaan di kalangan anak-anaknya dengan membawa mereka 'berjumpa' dengan Tok Guru Hj Aziz Pendang.

Awal pagi minggu (Jumaat) seminggu sebelum peperiksaan bermula, CMP sekeluarga akan membawa anak yang akan menduduki peperiksaan ke rumah Tok Guru Hj Aziz yang terletak sebelum pekan Pendang. Anaknya disuruh menyediakan sebotol besar air sejuk dan alat tulis (pen. pensel, pemadam dll) untuk 'dijampi' oleh Tok guru. Walaupun bertolak awal dari Pedu, tetapi apabila sampai di rumah Tok guru Hj. Aziz, sudah ada deretan botol-botol air yang diletakkan lebih awal. Di bawah rumah Tok Guru Hj. Aziz itu waris dan keluarga menunggu untuk botol aor mereka 'dijampi'. Yang anehnya Tok Guru tak bercakap banyak, sebaliknya bertanya apakah hajat setiap orang. Beliau kemudian mengambil botol dan membaca doa. Bagi anak-anak yang akan menduduki peperiksaan beliau akan membacakan surah Alam Nasyruh dan kemudian ditiupkan ke dalam botol air.

Dengan air yang ditiupkan bacaan ayat suci, anak-anak CMP akan guna sebelum memasuki dewan peperiksaan dengan cara bersalawat dan meminum air, membasuh muka dan dada. Dari segi psikologi dengan cara demikian keyakinan anak-anak menjadi lebih tinggi dan rasa gugup akan berkurangan.

Demikianlah cara CMP membantu anak-anak menduduki peperiksaan umum anak-anaknya.

1 comment: