Tuesday, December 7, 2010

HIJRAH CIKGU MAT PEDU II

Salam Maal Hijrah 1432

Penulis panjangkan komen AK2 untuk bacaan semua tanpa edit. Bacalah dengan 'hati nurani' anda perjalanan hidup Cikgu Mat Pedu.

Salam Semua,
1. Komen ini lebih dikhususkan kepada kerabat CMP (anak, cucu, cicit termasuk generasi CMP akan datang). Sesungguhnya hijrah CMP seperti pos di atas, perlu dihayati (dengan hati & perasaan) oleh kaum kerabat.
2. Bagi anak kedua CMP (AK2), penghijrahan (terutama pada akhir kerjaya) amat menghibakan – melibatkan maruah, penghinaan & pengorbanan. Semuanya kerana pertelingkahan, fitnah pengurusan & idelogi (spt yg dinyatakan oleh penulis blog). Hampir semua (termasuk majoriti KELUARGA TERDEKAT) ‘memusuhi’ CMP – sampai tidak disapa walaupun bersentuh bahu.
3. Pertelingkahan & fitnah terhadap CMP diterajui oleh hanya seorang individu (dikenali sebagai JP – kini dah arwah) yang ‘merasakan’ statusnya tergugat. Ringkasnya, kerana pertentangan antara: berilmu vs jahil; pembelaan vs pengainayaan; kebenaran vs palsu; dan prinsip/hukum vs nafsu.4. Masih diingati malah akan sentiasa segar dalam ingatan AK2 (isu membakar sekolah) bagaimana seorang individu (orang kuat JP) dengan ANGKUH (menepuk dada & meninggikan suara sambil memerhati AK2) mengatakan dialah yang membakar sekolah & BERBANGGA kerana berjaya mengenakan CMP.
5. AK2 dapat merasakan hidup CMP semasa penghijrahan bukan saja sukar tetapi juga amat ‘kesunyian & keseorangan’. Sebab itulah AK2 kerap menziarahi pusaranya. Adalah diharapkan agar kerabat terdekat CMP (sekiranya berada di Alor Setar) dapat mencuri ruang untuk menziarahi pusaranya - agar arwah tidak terus menerus kesunyian & keseorangan.
6. Sesungguhnya, penghijrahan CMP amat bermakna. Nikmat yang dikecapi oleh kerabat terdekat CMP hari ini adalah juga (direct @ indirect) hasil penghijrahan tersebut. Mereka yang ‘berjaya’ membuatkan CMP berhijrah tidaklah juga begitu berjaya. Kalau CMP masih hidup, AK2 rasa dia pasti akan berbangga dengan pencapaian anak, cucu @ cicitnya apabila dikaitkan dengan penghijrahan yang dipaksa.
7. Semasa sakit, JP (melalui keluarga terdekat) pernah menyampaikan salam bertanya khabar (malah berhajat) agar AK2 dapat menziarahinya.8. Diharap penulis blog dapat membetulkan jika terdapat kesalahan fakta. 9. Akhir sekali, tk kepada penulis blog kerana pos yang amat bermakna (jika dihayati dengan hati nurani) oleh semua kerabat CMP sempena sambutan tahun 1432H.
Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada isteri CMP (Hjh. Puteh Hj. Hamid – wanita kental) yang sentiasa bersama dengan CMP waktu dihina, susah @ senang.
Ikhlas,
Anak Kedua Cikgu Mat Pedu.
December 6, 2010 11:46 PM

No comments:

Post a Comment