Monday, December 6, 2010

HIJRAH CIKGU MAT PEDU



Salam Maal Hijrah 1432.

Sejarah memperlihatkan semangat hijrah Cikgu Mat Pedu secara fizikal dan spiritual adalah sangat tinggi. Secara 'fizikal' semasa kecil beliau berhijrah untuk mencari ilmu di Kuala Ketil kerana di Pedu tiada sekolah. Dia belajar di SK Kuala Ketil. Apabila sekian lama, bertugas di Pedu sebagai guru dia berhijrah ke beberapa buah sekolah bermula ke SK Kurung Hitam, SK Kubur Panjang, SK Bohor, SK Iskandar, SK Sg Raya (Kisap), Langkawi dan berakhir di SK Iskandar semula sebelum bersara. Penghijrahankeluar dari Pedu terpaksa dilakukan kerana beberapa sebab seperti ada pertelingkahan ideologi dengan masyarakat, fitnah tentang pengurusan sekolah (seperti CMP cuba membakar sekolah) dan lain-lain.

Perpindahan fizikal ini, kadang-kadang secara bersaorangan, kadang-kadang disertai oleh keluarga. Penghijrahan ke SK Kubur Panjang contohnya ada secara perseorangan. Di sana dia menumpang tidur dengan pekerja kantin sekolah ( salah seorang bernama Rahman ), manakala ke Langkawi (1980an) dia membawa keluarga bersama. Pada setiap penghijrahan tentulah cabaran dan ujian hidup pasti meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Walau bagaimanapun penghijrahan spiritual yang dialami oleh CMP adalah penghijrahan yang hebat ditanggungnya. Penghijrahan ini ialah 'perpindahan' dari seorang guru besar kepada seorang guru biasa. Jawatan yang disandang hampir 30 tahun dilucutkan dan menjadi guru biasa dan bertugas di bawah anak muridnya yang menjadi guru besar adalah ujian psikologi yang besar.

Penghijrahan psikologi ini amat signifikan dalam hidup individu. Alhamdulliah dengan penghijrahan fizikal dan psikologikal, CMP dapat meneruskan bahtera hidup dengan penuh taqwa dan iman. Hijrah dan pengorbanan yang dilaluinya telah dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Catatan:

1. Anak-anak CMP yang sudah memahami erti 'kehidupan' pada tahun 1970an seperti Fisol, Fauzi & Nasir amat sedar makna penghijrahan ayahanda mereka ketika itu. Khir dan Amer telah mengecap kebahagiaan daripada penghijrahan ayahanda mereka sehingga mereka berjaya hari ini.

2. Cucu dan cicit CMP perlu bersedia untuk hijrah seperti yang dilakukan oleh datuk dan moyang anda.

3 comments:

  1. Salam Semua,
    1. Komen ini lebih dikhususkan kepada kerabat CMP (anak, cucu, cicit termasuk generasi CMP akan datang). Sesungguhnya hijrah CMP seperti pos di atas, perlu dihayati (dengan hati & perasaan) oleh kaum kerabat.
    2. Bagi anak kedua CMP (AK2), penghijrahan (terutama pada akhir kerjaya) amat menghibakan – melibatkan maruah, penghinaan & pengorbanan. Semuanya kerana pertelingkahan, fitnah pengurusan & idelogi (spt yg dinyatakan oleh penulis blog). Hampir semua (termasuk majoriti KELUARGA TERDEKAT) ‘memusuhi’ CMP – sampai tidak disapa walaupun bersentuh bahu.
    3. Pertelingkahan & fitnah terhadap CMP diterajui oleh hanya seorang individu (dikenali sebagai JP – kini dah arwah) yang ‘merasakan’ statusnya tergugat. Ringkasnya, kerana pertentangan antara: berilmu vs jahil; pembelaan vs pengainayaan; kebenaran vs palsu; dan prinsip/hukum vs nafsu.
    4. Masih diingati malah akan sentiasa segar dalam ingatan AK2 (isu membakar sekolah) bagaimana seorang individu (orang kuat JP) dengan ANGKUH (menepuk dada & meninggikan suara sambil memerhati AK2) mengatakan dialah yang membakar sekolah & BERBANGGA kerana berjaya mengenakan CMP.
    5. AK2 dapat merasakan hidup CMP semasa penghijrahan bukan saja sukar tetapi juga amat ‘kesunyian & keseorangan’. Sebab itulah AK2 kerap menziarahi pusaranya. Adalah diharapkan agar kerabat terdekat CMP (sekiranya berada di Alor Setar) dapat mencuri ruang untuk menziarahi pusaranya - agar arwah tidak terus menerus kesunyian & keseorangan.
    6. Sesungguhnya, penghijrahan CMP amat bermakna. Nikmat yang dikecapi oleh kerabat terdekat CMP hari ini adalah juga (direct @ indirect) hasil penghijrahan tersebut. Mereka yang ‘berjaya’ membuatkan CMP berhijrah tidaklah juga begitu berjaya. Kalau CMP masih hidup, AK2 rasa dia pasti akan berbangga dengan pencapaian anak, cucu @ cicitnya apabila dikaitkan dengan penghijrahan yang dipaksa.
    7. Semasa sakit, JP (melalui keluarga terdekat) pernah menyampaikan salam bertanya khabar (malah berhajat) agar AK2 dapat menziarahinya.
    8. Diharap penulis blog dapat membetulkan jika terdapat kesalahan fakta.
    9. Akhir sekali, tk kepada penulis blog kerana pos yang amat bermakna (jika dihayati dengan hati nurani) oleh semua kerabat CMP sempena sambutan tahun 1432H. Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada isteri CMP (Hjh. Puteh Hj. Hamid – wanita kental) yang sentiasa bersama dengan CMP waktu dihina, susah @ senang.

    Ikhlas,
    Anak Kedua Cikgu Mat Pedu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete