Musim kemarau adalah musim yang memeritkan, terutama bagi kaum ibu di Pedu. Ini kerana pada musim kemarau, air telaga akan kering kontang dan ini amat menyukarkan suri rumah. Bila musim kemarau kaum ibu akan berbondong-bondong ke sungai Pedu. Isteri Cikgu Mat Pedu dan anak-anaknya akan membawa pakaian keluarga untuk di cuci di sungai dan perjalanan ke sungai ialah hampir 2 km disamping membawa baldi untuk mengisi air apabila pulang nanti. Perjalanan ke Pengkalan Lubuk Pauh (Sg Pedu), terpaksa melalui bendang dan dusun dan cukup memenatkan. Tetapi apabila sampai di sungai anak-anaknya akan mandi dan bermain di sungai yang airnya begitu dingin, jernih dan menyegar. Di pengkalan itu , anak-anak akan mencari udang dalam celahan buluh atau banir-banir kayu. Kekadang sekawan kerbau akan turut sama bermandi di ulu sungai dan ini akan menyebabkan kemarahan kanak-kanak yang bermandi manda dan menghalau kerbau tersebut yang kemudian akan datang semula berendam kerana kepanasan.
Satu lagi pengkalan sungai yang popular ialah Pengkalan Titi Gantung untuk ke Padang Stol, Titi gantung tersebut adalah untuk kegunaan penduduk Padang Stol. Pangkalan tersebut lazim digunakan oleh anak saudaranya Asiah (isteri Ismail) untuk membasuh dan mandi manda. Disamping itu Kak Siah akan menjunjung air untuk dibawa balik ke rumah sehingga kadang-kadang basah kuyup, malah ada juga terjatuh dan tertumpah dijalanan.
Kemarau adalah satu siksaan tetapi kaum ibu di Pedu tetap bersyukur dengan ujian Allah. Kesabaran mereka tinggi. Air pili hanya disediakan oleh kerajaan di sekitar lewat 80an sahaja untuk masyarakat Pedu. Hari ini Sg Pedu, sudah semakin lesu dan tidak dipedulikan lagi oleh generasi baru.. Kemarau tidak memberi sebarang makna lagi untuk orang Pedu...
Salam
ReplyDeleteSungai Pedu dulu cantik (air jernih, pantai berpasir & banyak sumber hidupan). Kini semuanya telah berubah (warna airnya macam teh susu & hidupan entah ???. Sekarang kita faham(malah perlu sokong)mengapa Karam Singh Walia berjuang tentang pemeliharaan alam sekitar.
Bagi generasi lama Pedu, mungkin ungkapan di bawah (oleh Karam Singh Walia) bertepatan iaitu: "Terbakar kampung nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tahu."
terima kasih Pekasam...
ReplyDeletememang benar, hari ini kita hanya mampu melakar keindahan di minda dan bukan di mata lagi. ingatkah lagi kenakalan tuan ketika mandi manda di Sg Pedu.