Friday, December 12, 2008

Anak-anak Cikgu Mat Pedu

Cikgu Mat Pedu mempunyai lima orang anak. Kesemua anak-anaknya adalah lelaki. Bermula dengan yang sulung Abdul Rahman @ Faisol, diikuti oleh Fauzi, Nasir, Khir dan Amerul. Cikgu Mat Pedu telah membesarkan anak-anaknya dengan memberi pendidikan. Abdul Rahman terpaksa mengayuh basikal dari Pedu ke Kuala Nerang sejauh kira-kira lapan batu untuk bersekolah di Kuala Nerang English Primary School. ( sekarang bangunan sekolah itu telah menjadi pejabat PPD Padang Terap Pendang ). Begitu juga dengan Fauzi, Nasir dan Khir yang juga terpaksa berulang alik ke sekolah yang sama. Mereka agak bernasib baik berbanding dengan abang sulung Faisol kerana pada waktu itu kerajaan telah menyediakan perkhidmatan bas Rida ( sekarang dikenali dengan bas MARA) untuk memudahkan orang kampung keluar ke pekan kecil Kuala Nerang.
Walau bagaimanapun anak bongsu Cikgu Mat Pedu , Amerul memulakan pelajaran sekolah rendahnya di SK Bohor, Hutan Kampung dan SK Iskandar, Alor Star kerana mengikut ayahnya yang bekerja di sekolah-sekolah tersebut.
Bagi Cikgu Mat Pedu, pendidikan adalah penting untuk dunia dan akhirat sebab itu dia tidak berkira sangat tentang duit ringgit untuk menyekolahkan anak-anaknya.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Blog anak kedua (Fauzi) ialah:
    http://www.anakcikgumatpedu-2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Cikgu Mat Pedu hantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris (7 miles away from home) walaupun beliau cikgu sekolah melayu (just infront of his house). Mereka belajar & jawab peperiksaan dalam bahasa Inggeris (kecuali beberapa subjek - Bahasa Melayu, Agama & Sastera) tetapi mereka masih berjiwa Melayu. Kepada yang dok ragu-ragu terhadap kesan PPSMI (pejuang bahasa) cubalah fikir-fikirkan...

    ReplyDelete
  4. Ayah saya Hj Hassan Seladang Rebah pun terikut nasihat Cik gu Mat Besar...hantar anak sulong dia mengaji di sekolah inggeris Kuala Nerang...besar harapan dia...tapi bermula tahun kami darjah satu 1970 dasar pelajaran ditukar tiada lagi aliran inggeris...malang bagi kami (saya dan Md Khir)...batch pertama, jadi bahan ujikaji untuk belajar semua subjek dalam bahasa melayu...masa peringkat sekolah ok lah tapi bila ke Universiti hanya yang mengalami saja yang paham..teramatlah membebankan kerana semua rujukan dan pengajaran dalam bahasa inggeris...pejuang bahasa apa tau...yang ahli politik pulak dok jadi macam lalang...ikut angin...sekarang dah elok PPSMI nak menghasilkan buah nak tukar lagi pulak ....

    ReplyDelete