Tuesday, December 23, 2008

Kereta Cikgu Mat Pedu 2

Azizah

(Original version)

rupa kamu yang cantik
mata kamu yang bulat
membikin pemuda
jadilah gembira

senyumanmu yang manis
gigi kamu yang putih
oh nonaku Azizah (2X)

hidungmu yang mancung
rambutmu kerinting
membikin pemuda
sehari-hari manaruh
cinta padamu
oh Azizah

cantik rupamu (2X)
dipandang mata tak jemu
bagai biduan (2X)
dari syurga

cantik rupamu (2X)
dipandang mata tak jemu
bagai biduan (2X)
dari syurga

tidur malam terbayang
teringat kamu seorang
membikin hati pemuda
menjadi bimbang
oh Azizah

Sumber:http://www.p-ramlee.com

Lagu Azizah adalah lagu yang sering Cikgu Mat Pedu nyanyikan semasa dia memandu terutama jika dia mengantuk. Dia akan menggunakan tangan kiri memegang stereng manakala tangan kanan dikeluarkan untuk menepuk bumbung kereta. Itulah cara dia menghilangkan rasa mengantuk.

1 comment:

  1. CIKGU MAT PEDU & BUDAYA ILMU
    Jangan salah faham & membuat andaian bahawa Cikgu Mat Pedu hanya meminatinkereta. Beliau sebenarnya lebih mementingkan ilmu & kereta hanyalah sebagai satu kemudahan. Ini terbukti kerana kerana:
    1. Beliau menghantar anak-anaknya belajar di sekolah Inggeris di Kuala Nerang dan mengikuti sekolah menengah aliran Inggeris (kena bayar yuran bulanan – bukan percuma).
    2. Seawal tahun 1970 beliau membeli dan membayar secara ansuran satu set (20 buah) ensaiklopedia (Encyclopedia International: Copyright © 1970 By Crolier Incorporated, New York). Harganya (ingat-ingat lupa) sekitar RM500 - melebihi gaji bulanan beliau. Pembelian tersebut melayakkan beliau menerima percuma 4 buah ensaiklopedia perubatan & kesihatan iaitu The New Illustrated Medical & Health Encyclopedia: H. S. Stuttman Co., Inc. Publishers New York. Ensaiklopedia-ensaiklopedia tersebut masih disimpan dengan baik di rumahnya di Taman Uda. Nota: Biasanya individu jarang beli ensaiklopedia kecuali perpustakaan. Cikgu Mat Pedu beli kerana cintanya kepada ilmu.
    3. Anak pertamanya dihantar ke Alor Star untuk sambung pelajaran. Mula-mula menumpang di SM Dato’Syed Omar kemudian bertukar ke SM Telok Chengai Lelaki (kini SMK Tunku Laksamana).
    4. Kepada anak keduanya beliau pernah berkata yang beliau sanggup gadai rumahnya di Taman Uda sekiranya dia boleh melanjutkan pelajaran di universiti luar negara. Nota: Pada masa tersebut, hanya Fauzi seorang sahaja yang gagal ke mana-mana universiti kerana result peperiksaannya memang teruk (tak macam adik beradiknya lain yang pandai & bijak).
    5. Pernah memesan agar tidak menjual rumahnya di Taman Uda & jangan tinggal di kampung kerana (berdasarkan pengalamannya & situasi pada masa itu) ruang menuntut ilmu anak-anak jauh lebih luas di bandar berbanding di kampung.
    Sekian, cerita Cikgu Mat Pedu sebagai orang yang cintakan ilmu.

    ReplyDelete