Tuesday, December 23, 2008

Kereta Cikgu Mat Pedu

Cikgu Mat Pedu adalah di antara beberapa orang terawal di Pedu menggunakan kereta. Orang terawal lain ialah Ah Geng ( ketua komuniti Siam Pedu, bapa kepada Cikgu Ah Teik) yang menggunakan land rover.
Cikgu Mat Pedu telah menggunakan kereta semenjak tahun 1950an lagi walaupun jalan Pedu ke Kuala Nerang pada waktu itu masih bertanah merah dan berdebu. Antara kereta yang pernah dimiliki olehnya ialah:
1. Hillman
2. Ford Prefect
3.Austin Mini ( baru)
4. Morris Minor
5. Mazda 1000 ( baru)
6. Nissan Vannette C20 (baru)
*Sila tambah jika sesiapa ada maklumat.
Kereta Austin Mini pernah digunakan utk membawa keluarganya melancong ke pantai timur di sekitar 1960an. Pada waktu itu untuk ke pantai timur terpaksa turun ke Kuala Lumpur dan melalui negeri Pahang (jalan bengkang bengkok ke Bentong & kawasan ditakuti kerana serangan pengganas komunis.) kemudian ke Trengganu dan Kelantan. Semasa di Kelantan Cikgu Mat Pedu tinggal beberapa hari di rumah sepupunya se orang konstabel Ahmad dan isterinya Ainon di Pasir Mas. Konstabel Ahmad (hari ini pesara polis berpangkat Sarjan) dan isteri yang lebih mesra dengan panggilan Wa Enon telah menerima tetamu ini dengan tangan terbuka. Agak malang, Kelantan dan Trengganu telah dilanda banjir dan keluarga Cikgu Mat Pedu telah terkandas dan terpaksa tinggal selama beberapa hari di rumah sepupunya.
Apabila banjir surut di Kelantan, Cikgu Mat Pedu sekeluarga balik melalui Trengganu. Malangnya di Kuala Trengganu, sekali lagi mereka terkandas akibat banjir. Oleh kerana tiada sanak saudara di Kuala Trengganu, Cikgu Mat Pedu terpaksa menyewa rumah (tak mampu nak sewa hotel) orang. Oleh kerana Cikgu Mat Pedu yang mesra, tuan rumah tersebut membekalkan bantal dan makanan untuk hampir 10 hari tersadai di Kuala Trengganu.
Satu lagi kegemaran Cikgu Mat Pedu mengenai keretanya ialah setiap kali menjelang hari raya dia akan menyuruh anak-anaknya ( 3 yang awal) untuk membasuh kereta supaya bersih untuk digunakan pada hari raya. Kereta akan dibasuh di tepi telaga sekolah ( waktu itu pili air belum ada) untuk beberapa jam. Semasa itu anak-anaknya lebih banyak bermain daripada mencuci dan ini menyebabkan Cikgu Mat Pedu memarahi mereka.
Hari ini nampaknya budaya menjaga dan mencuci kereta diwarisi oleh anak keduanya Fauzi yang begitu rajin membasuh dan menjaga kereta berbanding dengan anak-anaknya yang lain.


5 comments:

  1. Tentang kereta Nissan Vannette C20 Cikgu Mat Pedu
    No. Pendaftaran: KR56. Kereta terakhir & dibeli ketika berumur 56. Pakai van kerana nak berniaga. Dijual kepada Tajuddin (anak Paksu Mat Pdg Stol) kerana tidak larat bawa kereta.
    Kereta sebelum: Mazda 1000.

    ReplyDelete
  2. Tentang kereta Mazda 1000 Cikgu Mat Pedu:

    No. Pendaftaran: KJ3615. Kereta tersebut kereta baru. Pernah bawa keluarga melancong hingga ke JB dgn kereta tersebut. Juga dibawa ke Langkawi bila beliau bertukar ke sana. Tan Sri Sanusi Junid (semasa jadi MP Langkawi) pernah guna kereta tersebut semasa pergi ke Langkawi (masa tu belum pulau bebas cukai). Kereta tersebut di 'trade-in' untuk beli Nissan Vannette C20.
    Sebenarnya, Cikgu Mat Pedu sebelum itu sudah pernah pakai Mazda 1000 (kereta terpakai). No. pendaftaran (PJ XXXX - maaf tak ingat).

    ReplyDelete
  3. Lain-Lain Kereta Cikgu Mat Pedu:
    Morris Minor dua buah - sebuah no. pendaftaran JC 375 - mengikut anak keempat (kalau tidak silap ingatan) pernah terjumpa kawasan Parit Buntar. Sebuah lagi - maaf tidak ingat.
    Ford Prefect - no. pendaftaran T 5531. Austin Mini pula PF 5173 - kalau tak salah ingatan.
    Cikgu Mat pernah juga pakai kereta Opel Record - kereta besar macam kereta Rahman Siam yang jual ubat cacing kerawit dalam but kereta di Pekan Rabu.

    ReplyDelete
  4. ingat lagi ..suatu hari di majlis kenduri di kampung...ada orang dok sembang sembang sambil bersandar pada kereta ..CMP akan sound guna pembesar suara minta jangan sandar kat kereta dia...he he bersepah lari pasai malu...

    ReplyDelete
  5. uhh Bang loman..paling famous di pekan selasa dulu dulu....(kalu nak semayang pun dia korek..nak tidoq pun dia ngok ngek ngok ngek dok korek...haram jadah sungguh la cacing kelawit ni...hhhaaa mai la ambik cuba beli obat bang loman) celoteh bang loman sambil tersengih tayang gigi emas dia...huhh nostalgia

    ReplyDelete