Anak kedua Cikgu Mat Pedu, Fauzi apabila tamat menjalani kursus di Maktab Perguruan Jalan Northam P.Pinang telah di hantar mengajar ke Kelantan pada tahun awal 1979. Pada waktu itu ramai guru-guru lepasan maktab kumpulan PPAK (Inggeris) dihantar bertugas di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Trengganu dan Pahang. Penghantaran guru-guru muda bertujuan memenuhi keperluan guru bahasa Inggeris yang amat berkurangan dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar pantai timur.
Pada waktu itu ada satu bentuk stigma di kalangan masyarakat dan keluarga iaitu kalau bertugas di Kelantan mesti sangkut dengan gadis-gadis Kelantan (cik mek kelate) yang cantik molek. Kalau dah sangkut nanti tak balik ke kampung asal lagi. Itu bentuk pemikiran ibu bapa Fauzi.
Di Kelantan, Fauzi telah ditugaskan di beberapa buah sekolah dan antaranya ialah SK Bakong dalam daerah Pasir Mas. Dia dan beberapa orang kawan ( Cikgu Hidzir, Cikgu Mahazir (allahyarham Det) telah berkongsi menyewa rumah di Pasir Mas. Untuk tempoh lima tahun bertugas di Kelantan ada banyak kenangan pahit manis ditempuh oleh Fauzi dan dalam tempoh itu juga Cikgu Mat Pedu ternanti sama ada Fauzi akan sangkut dengan gadis Kelantan. Bagi cikgu Mat Pedu yang agak liberal dia tidak kisah sama ada bermenantukan orang Kedah atau luar Kedah. Baginya sama sahaja.
Apabila mendapat memo untuk balik ke Kedah setelah lima tahun bertugas di Kelantan, Fauzi menyewa lori untuk membawa balik barangnya. Apabila lori sampai di rumah di Taman Uda, semua keluarga terkejut besar kerana dia membawa balik "Mat Ripin" yang diluar pemikiran keluarga.
Mat Ripin sebenarnya ialah seekor kuda padi yang dibeli di Kelantan. Bagi masyarakat Kelantan yang tinggal berhampiran Sg. Golok memelihara kuda padi adalah perkara biasa, tetapi bagi masyarakat Taman Uda ial adalah haiwan yang ganjil untuk dipelihara di taman perumahan. Walau bagaimanapun Fauzi mampu memeliharanya untuk beberapa tahun dan kemudiannya Mat Ripin telah dijual kerana dia semakin sibuk dengan hobi baru... bersukan dan berkursus..
Oleh kerana Mat Ripin juga Cikgu Mat Pedu menjadi popular di kalangan penduduk Taman Uda kerana hanya anaknya seorang yang membawa pulang ole-ole lain daripada yang lain. Anak orang lain bawa balik menantu tapi anak Cikgu Mat Pedu bawa balik Mat Ripin.
Syabas Fauzi!! anda lain daripada yang lain.
seorg cucu cikgu mat pedu kini sedang menuntut di russia.
ReplyDeleteadakah dia akan memecahkan tradisi bapanya dengan membawa balik seorg gadis russia mirip anna kournikova suatu hari nanti?
atau mengikuti tradisi bapanya dengan membawa pulang seekor... err... kucing barangkali yg mungkin diberi nama.. err.. mat hussien?
sama2 kita nantikan...
terima kasih kerana membaca cerita kisah anak kedua Cikgu Mat Pedu. Ada banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pengalaman beliau.
ReplyDeleteFakta Tambahan:
ReplyDelete1. Di Kelantan, Fauzi hanya mengajar di dua buah sekolah (SK Gual Periok - 15 hari & SK Bakong - 5 tahun).
2. Dia bukan tak teringin kat mek Kelante, tapi mek Kelante yang tak say (hendak) kat dia. Lagi pun dia tak dak masa sebab pada hujung minggu (Jumaat & Sabtu) dia kerap tolong abang angkatnya (Dene - Adnan) berniaga ikan di Pasar Pasir Mas.
3. Selain itu, dia main bola mewakili Setia Sports Club dalam liga daerah Pasir Mas.
4. Dia juga menjadi bendahari Persatuan Anak-Anak Kedah di Kelantan. Yang Dipertua persatuan ialah Encik Ahmad bin Haji Hashim (Anak penghulu Hashim Tebengau).
5. Kuda tersebut dibelinya dari Thailand & diberi nama Mat Ripin sempena nama Guru Besar SK Bakong.
6. Kuda tersebut diletakkan di sekolah & digunakan untuk mengiring murid-muridnya merentas desa.
7. Tambang untuk membawa balik Mat Ripin (RM600) lebih mahal dari harga beli Mat Ripin (RM400).