Khir ialah anak keempat Cikgu Mat Pedu. Hobinya memang berbeza daripada abang-abangnya dan juga adiknya, Amerul. Hobinya ialah MEMBACA. Dari kecil dia memang gemar membaca. Dia akan membaca apa sahaja bahan bacaan yang ada seperti buku cerita, surat khabar, majalah dan lain-lain bahan cetakan.
Di waktu lapangnya, dia jarang bersukan sebaliknya membaca buku. Kegemaran membaca buku menyebabkan buku senantiasa ada ditangannya. Di waktu tengahari, selepas makan dia akan berehat sambil berbaring di atas sofa panjang sambil membaca. Selepas membaca dia akan tertidur di atas sofa tersebut. Bila dia bangun, dia akan capai buku dan baca semula. Hobi membaca dapat diterap dalam dirinya semenjak kecil kerana pada masa itu (sekitar awal 70an), di rumah Cikgu Mat Pedu, tv hanya dapat ditonton pada waktu malam sahaja. Jadi banyaklah masa dapat digunakan untuk membaca.
Tabiat dan hobi murni tersebut berterusan sehingga ke hari ini walaupun dia sudah bekeluarga. Di rumahnya, penuh dengan pelbagai buku-buku tersusun di rak. Tetapi akhir-akhir ini Khir telah menambah hobi baru iaitu bermain golf.
Adalah menjadi harapan agar hobi membaca Khir dapat pula diwarisi oleh cucu dan cicit Cikgu Mat Pedu.
Semasa bersekolah, Khir memanglah rajin baca buku sebab dia tidak pandai bersukan (sukan tara pun, kalau tak salah ingatan tak lepas). Hasilnya: (1)Dia adalah pelajar cemerlang SRP (PMR) sekolahnya (SMKDSO) pada tahun beliau menduduki peperiksaan, (2) pertama dalam keluarga Cikgu Mat Pedu yang dapat belajar di Sekolah Asrama Penuh (SM Sains Sg Petani - now known as SMS Sultan Mohd Jiwa); (3)pertama juga ditawarkan belajar di luar negara (di US - kejuruteraan kaji terbang); (4) pertama mempunyai master; dan (5) satu-satunya dalam keluarga yang berkahwin dengan pensyarah.
ReplyDeleteHobi manusia kerap kali berubah - bertambah @ berkurang mengikut keadaan (umur, life style, kewangan dsb). Sebab tu Khir main golf.
ReplyDeleteHobi anak ketiga Cigu Mat Pedu juga nampaknya bertambah ... jadi blogger. Tahniah.