Thursday, January 1, 2009

Cikgu Mat Pedu Garang 1

Cikgu Mat Pedu di mata anak muridnya ialah seorang yang sangat garang. Jika ditanya kepada anak murid yang belajar di SK Pedu, rata-rata mengatakan dia seorang yang sangat garang. Menurut Musa anak Pak Lahim , Kg. Seladang Rebah semasa dia belajar dengan Cikgu Mat Pedu, dia akan lari jika nampak Cikgu Mat Pedu kerana takut dan hormat. Begitu juga rakan-rakannya yang lain, mereka akan lari bertempiaran jika nampak atau dengar suara Cikgu Mat Pedu. Di sekolah, Cikgu Mat Pedu akan merotan murid-muridnya jika mereka malas belajar dan tindakannya merotan tidak mendapat tentangan daripada ibu bapa. Mereka menyerah 100 peratus kepada pihak sekolah untuk mengambil tindakan jika anak mereka bersalah. Itu dahulu... Hari ini jika Cikgu Mat Pedu bertindak demikian sudah pasti ibu bapa akan marah dan mungkin ambil tindakan mahkamah.
Menurut Musa lagi, kalau Cikgu Mat Pedu marah kepada anak muridnya, dia akan kata , binatang....... lembu....... Istilah ini lazimnya digunakan apabila anak muridnya malas menyiapkan kerja rumah atau belajar. Menurut Musa, ada satu peristiwa lucu telah berlaku apabila cikgu Mat memarahi anak muridnya.
Kisahnya begini...
Pada satu petang , di padang SK Pedu, ada anak murid yang telah melaku kesalahan dan dia telah dimarahi oleh Cikgu Mat Pedu dengan herdikan.. " binatang.... lembu.....". Tetapi secara selamba murid itu menjawab, "Bukan lembu cikgu, kerbau.." kerana dia merujuk ada beberapa ekor kerbau orang kampung yang sedang berkeliaran di padang sekolah. Mendengar jawapan anak murid itu Cikgu Mat Pedu mendengus dan beredar dari situ. Sebenarnya diminda anak muridnya itu menyangkakan cikgunya menyuruh dia menghalau kerbau di padang sekolah tetapi menyebut sebagai lembu. Sebab itu dia cuba membetulkan dengan mengatakan bukan lembu tetapi kerbau, sedangkan dia tidak sedar bahawa Cikgu Mat Pedu sedang memarahinya.
( cerita-cerita lain akan diceritakan lagi........)




3 comments:

  1. Orang Pedu bukan kata 'garang' tetapi 'bekeng'. Osmandosnani (orang Pedu & mengajar di KSAH) diberitahu oleh bapanya (Cikgu Lazim) yang Cikgu Mat Pedu memang bekeng & ramai takut termasuk Jab Kedai (Mat Rejab Mat Saman - juga bekeng). Katanya Jab Kedai tak akan duduk dalam satu majlis dengan Cikgu Mat Pedu. Wallahualam...

    ReplyDelete
  2. diceritakan oleh ayah aku (Cikgu Lazim - orang pedu juga)bahawa cikgu mat selain terkenal kerana 'bekeng', beliau juga dikenali sebagai 'cikgu mat besar'.aku tak pastilah apa yang besar; mungkin badannya besar, mungkin penah jadi cikgu besar.tapi ayah & abang aku penah cerita bahawa selain dari berbadan besar, cikgu mat juga 'bersuara besar'.Tapi aku rasa peratus kemungkinan bersuara besar adalah lebih tinggi, memandangkan anaknya yang mengajar kat KSAH (Tuan Haji Ahmad Fauzi)bersuara 'sangat' besar.:) he..hee.. heee...
    yang lahir dari hati nurani osmandos...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Os..hang dok mana la ni...A/staq ka...

    Bila nak jln kot putrajaya....

    nanti pm aku kat mnfadzli@cruisetasikputrajaya.com ok?

    lama x dgr pasai hang...last jumpa dok asrama smdsa dulu.....

    wassalam

    ReplyDelete