Ibu Cikgu Mat Pedu bernama Salamah dan berasal dari Kg Lubuk Merbau, Pedu. Dia berkahwin dengan Hj. Abdul Rahman orang Kg Padang Setol. Mengikut salasilah, Hj Abdul Rahman berasal dari tanah seberang (Sumatra ?? atau tanah Jawa?? ). Difahamkan Hj. Abdul Rahman ialah seorang alim dan pernah menuntut di Mekah serta menunai menunaikan fardhu di Mekah sebelum perang Dunia II. Pada waktu itu, hanya seseorang yang gigih sahaja dan berkemampuan sahaja yang boleh menunaikan fardhu haji.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Jah (Khadijah????), Muhamad dan Said. Hj. Abdul Rahman meninggal dunia dan dikebumikan di kubur Kg Padang Stol di atas tanah wakafnya sendiri. Lokasi tanah perkuburan itu terletak dalam dusun durian Cikgu Mat Pedu yang menjadi tanah pusaka yang dibahagikan diantara anak-anak Hj Abdul Rahman.
Apabila kematian suami pertama, Salamah kemudian berkahwin kali kedua dengan Mat Saman dan berpindah ke Kg Barokas. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Majid. Rumah mereka terletak bersebelahan masjid lama yang terletak lebih kurang 500 meter dari jalan besar . Penulis masih ingat bersebelahan rumah itu ada sebatang pokok sentul yang besar dan sebuah perigi kecil tempat makmum mengambil wuduk. Selepas kematian suami kedua, Hj. Salmah berpindah ke tepi jalan Pedu untuk tinggal bersama anaknya Majid. Walaupun bagaimanapun dia tidak tinggal bersama anaknya Majid, sebaliknya membina sebuah rumah kecil bersebelahan rumah Majid. Di rumah dia memasak dan tinggal bersendirian. Di waktu bersendirian, dia banyak menghabiskan masa dengan berzikir dan bersolat sunat.
Hjh Salamah kemudian mewakaf tanahnya untuk pembinaan masjid baru di Kg. Barokas dan masjid itu dinamakan Masjid Salamah sempena nama emak Cikgu Mat Pedu. Walaupun Hjh Salamah tinggal di Kg Barokas tetapi dia menghembuskan nafas terakhir di rumah anak sulungnya iaitu Cikgu Mat Pedu dan jenazahnya disimpan di tanah perkuburan Kg Musa . (bersebelahan Masjid Pedu) Anak Hjh Salamah iaitu adik bongsu Cikgu Mat Pedu, Hj Majid pula mewakafkan tanahnya kepada parti PAS (bersebelahan masjid ) untuk dibina markas PAS.
Ibu Cikgu Mat Pedu sebenarnya seorang yang pemurah yang senantiasa membantu orang.
Al Fatihah untuk Ibu Cikgu Mat Pedu.
Tok Selamah (panggilan anak-anak Cikgu Mat Pedu kepada nenek mereka) amat menyayangi Fisol - barangkali kerana dia pernah memelihara Fisol semasa kecil. Maka dia mewasiatkan sekeping tanah kepada Fisol. Tanah yang diwasiatkan ialah dijadikan markas PAS sekarang (setelah diwakafkan) dengan janji nak ganti tanah lain. Apabila Hj Majid meninggal, maka wasiat tinggal wasiat, janji tinggal janji. Anak-anak Hj Majid tahu wasiat dan janji tersebut.
ReplyDelete