Membaca hobi keluarga anak kedua Cikgu Mat Pedu dalam blog Anak Kedua Cikgu Mat Pedu memang menarik. ini kerana keluarga tersebut mampu memelihara pelbagai jenis haiwan (pets). Kegemaran ini bukanlah sesuatu yang baru dalam keluarga tersebut kerana anak kedua Cikgu Mat Pedu memang gemar memelihara haiwan semenjak kecil.
Fauzi ketika berusia sekitar 10 -11 tahun sebenarnya pernah menggendong dan memasukkan seekor anak anjing (puppy) dalam kain pelikat dan membawa anak anjing pulang ke rumah untuk dipelihara. Apabila sampai di rumah emaknya telah mengetahui bahawa dia telah membawa balik seekor anak anjing dan dia telah dimarahi dan dipaksa melepaskan anak anjing tersebut. Fauzi juga pernah memelihara seekor anak kera (ekor panjang) yang kematian ibu. Anak kera tersebut adalah pemberian Pak Long Janggut ( bapa Md Zain, di Kg Seladang Rebah). Fauzi sangat sayang kepada anak kera tersebut sehingga kadang-kadang dibawa tidur bersama. Agak malang anak kera tersebut akhirnya mati terjerut lehernya di ampaian di bawah rumah.
Nasir pula pernah memelihara seekor anak musang yang ditemui di dusun durian. Dia memelihara anak musang hingga besar dan apabila besar dia dinasihat oleh ibunya agar melepaskannya kerana takut musang tersebut akan memakan ayam peliharaan emaknya.
Cikgu Mat Pedu sendiri pernah juga memelihara beruk yang dibeli daripada orang kampung dan cuba melatihnya untuk memanjat kelapa. Walau bagaimanapun beruk itu diserahkan kepada orang lain kerana kerana ia cuba menggigit anak-anaknya semasa ditambat berhampiran rumah.
Isteri Cikgu Mat Pedu juga gemar memelihara binatang tetapi tidaklah seperti keluarganya yang lain. Dia lebih gemar memelihara lembu dan ayam itik sebagai sumber pendapatan sampingan keluarga.
Kesimpulannya, keluarga Cikgu Mat Pedu memang mempunyai hobi memelihara haiwan. Kalau Cikgu Mat Pedu masih ada, tentu dia juga akan sibuk memelihara lintah, ikan keli dan cacing sepeti yang banyak dilakukan oleh orang kita sekarang.
Anak anjing itu sebenarnya di beli oleh anak kedua Cikgu Mat Pedu daripada Mad Pak Da Yet dengan harga 20 sen & dibayar secara ansuran (kalau tak salah ingatan). Amaun tersebut amat besar pada ketika itu kerana itulah jumlah duit poket sehari yang diberi oleh ibunya untuk ke sekolah (sehingga Form 5).
ReplyDeleteTambahan:
ReplyDeleteAnak monyet itu di beri nama "Tom Boy" oleh anak kedua Cikgu Mat Pedu. Dibawa ke mana-mana sampai ke Pekan Selasa (Pekan Hari Kuala Nerang) dan juga ke Alor Star (Pekan Rabu - makan mee bandung - Ishak Mee Bandung.
Minat memelihara haiwan ni nampak lebih dominan dengan Mohd Syazwan (anak kepada anak ketiga Cikgu Mat Pedu).